Wednesday, January 13, 2016

Hana ke Lombok PART 1

Assalamualaikum

Okay nak cerita trip backpacker ke Lombok bulan Mei 2015. Amboi macam dah basi gila nak cerita pun kan. Hehe. Lombok ? Kenapa Lombok ? Best ke ? Bukan tempat bahaya jgk ke ? Bla bla bla bila inform family nak pergi Lombok. Hehe. So Lombok waktu aku nk pergi ni masih tak mainstream lagi, masih ramai traveller dekat Malaysia ni tak tahu Lombok adalah destinasi yang sangat menarik.

                      





So aku decided nak pergi Lombok dengan kawan aku, si Biha. Dia first first tanya, best ke? Ada apa? Aku terus share je gambar gambar menarik dekat sana. So dia pun on je. First time ni nak travel dengan si Biha.  Tapi last minit, ada sorang lagi kawan Biha ni nak join, Huda. Sanggup tu dia beli tiket yg harga bukan promo. Sebab aku dengan Biha beli tiket flight harga promo, nanti aku share pasal harga.



Juta ria
                         


   
Oh yee.. Nak bagi tau awal awal ni, kami pergi Lombok bukan under mana mana agency. Semua aku yang buat reserch dekat blog blog saja dari segi hotel, transport & tempat tempat menarik. Sebab ramai ingat aku pergi under agency. Cuma kami menggunakan khidmat supir dekat sana even travel secara backpacker. Lombok mostly memang kita perlukan supir untuk bawa kita dari satu destinasi ke destinasi yang lain sebab dari airport saja pun dah jauh nak pergi tempat lain dan jalan dekat sana bukannya lebuh raya macam dekat Malaysia. Jalan dia memang semua kecil dan kiri kanan perkampungan dan dikelilingi tanjung/pantai

Kami pergi 5 hari 4 malam. Degan menaiki Air Asia. Boarding pukul 4.30 petang if tak salah & perjalan ambil masa selama tiga jam. Dalam pukul 6.30 petang kami sampai Lombok Airport. Lombok memang dah gelap waktu tu, macam pkl 9 dekat Malaysia gelap dia

                       
                    
Gambar ni aku ambil time dah nak balik



Sampai sampai airport, yang pastinya kami bertiga excited gila dh nak explore Lombok even time tu gelap gelita tak nampak rupa Lombok lagi pun haha dan dah selesai imegresen semua kami pun mencari cari kelibat supir kami, Mas Adi. Ramai gila orang dekat airport tu, macam satu kampung turun nak jemput anak anak balik, menakutkan juga la haha. Mas Adi kami tak kenal pun rupa macam mana so berharap dekat board nama je, cari menacari sampai luar airport, haaa nampak dah nama aku, mba Hana !! Okay mas Adi muda lagi rupanya dan orangnya pun kecik je. Apa lagi dah sampai semua ikut la mas Adi ke mobilenya.

First first tu macam kekok juga la dengan mas Adi sebab kami bertiga macam agak kecoh tp masih terkawal. Yela baru sampai tempat orang so mcm cover sikit excited tu. Then ktorang tgk mas Adi pun mcm pendiam time tu. Okay dah masuk kereta semua terus mas Adi tanya nak pergi makan dulu ke tak. So kami cakap tak nak. Sebab ape tah. Then mas Adi kata. Okay dia bawa terus ke hotel area Senggigi. Memang kalau sesiapa sampai Lombok malam, diorang akan check in satu malam dekat area Senggigi tu. Airport ke Senggigi pun 2 jam perjalanan. Sebelum tu mas Adi bawa ktorang beli simcard dulu.

Okay dah sampai hotel, check in tido semua. Tak sabar nak explore Lombok keesokkan harinya!

Untuk sambungan,  klik Hana ke Lombok Part 2