Sunday, January 7, 2018

Pregnancy Journey I 2nd Trimester & Perubahan Sepanjang Pregnant

Assalamualaikum hi, lamanya tak menaip. So, nak sambung . Alhamdulillah sekarang ni Hana dah masuk 32 minggu its mean 8 bulan. Maksudnya dah lepas trimester kedua dengan jayanya.

Ingat lagi tak sepanjang trimester pertama dulu Hana langsung tak lalu makan tak ada selera, malas semalas malasnya. Alhamdulillah masuk je trimester kedua selera makan tu terus membara, aceyyy. Berat pun naik mendadak. Setiap dua jam lapar. Dah boleh masuk dapur masak semua.

So entry ni saja nak update mengenai perubahan sepanjang pregnant  yang Hana lalui even baru 32 minggu dan tak bersalin lagi. Nak update apa perubahan yang dilalui sepanjang 2nd trimester. Ni cerita umum okay, mana tahu ada kawan kawan yang baru kahwin nak tahu apa perubahan bila pregnant nanti.